Selasa, 28 Julai 2009

0.13-Askar ke atau Tanaman LEBIH PENTING

Anda mesti ingat yang tanaman itu tidak penting.Cuba anda lihat, jika tanaman anda dah jadi negatif, anda perlu buat tawaran atau beli di pasar untuk mendapatkan tanaman supaya askar anda tidak mati kebuluran.Selain itu juga, tanaman diperlukan dalam membuat bangunan, askar dan sebagainya.Cuba anda lihat, jika anda mempunyai sumber yang banyak tak termasuk tanaman, anda tidak boleh buat ape-ape sebab kekurangan tanaman.Oleh sebab itu, utamakan juga tanaman.

Anda boleh lihat di skrin anda di sebelah kanan tanaman iaitu penggunaan tanaman,di situ anda boleh lihat, berape sebenar tanaman anda dan berape yang di gunakan. (tanaman yang digunakan/tanaman anda yang sebenar).

0.12-Cara nak mengkaburkan Pihak Musuh Untuk Membaca Serangan Kita

Apabila kita menyerang musuh, musuh dapat lihat bacaan serangan kita dengan mudah dan musuh sempat menyediakan askar untuk mempertahankan kampung.

cara kali ini dapat mengkaburkan bacaan serangan kita terhadap musuh..

Caranya ialah:

  1. Lancarkan fake att(hantar satu askar shj)
  2. Lancarkan real att(kuantiti hantaran askar yang anda minat)
  3. Buat lagi fake att.
  4. pastikan serangan tersebut berlainan masa...cth:selepas seminit lancarkan serangan seterusnya.
Cara tersebut membuatkan musuh tertanya mana satu real att dan membuat musuh takut pada serangan tersebut.

0.11-Kepentinggan Perisai dan Kedai Senjata

Perisai

Perisai penting dalam pertahanan.Tentu anda tidak percaya dengan 200 askar belantan vs 100 askar belantan.200 askar belantan kalah akibat serangan keatas kg yang mempunyai 100 askar belantan.Ini disebabkan kampung yang mempunyai perisai yang tinggi dan perisai askar belantan yang tinggi.Bukan perisai sahaja memainkan peranan dalam pertahanan, tetapi istana/residen dan tembok tanah juga memainkan peranan dalam pertahanan.Lebih kuat jika wira mempunyai tahap yang tinggi.Jika wira anda naik level, anda akan dapat 5 mata untuk ditambahkan, anda pilih "serangan, pertahanan, bonus serangan, bonus pertahanan dan pemulihan".Yang penting ialah serangan dan pertahanan.


Kedai Senjata


Kedai senjata penting dalam serangan.Biase kita lihat, walaupun perisai kita tinggi, namun askar kita tetap mati akibat serangan keatas kg yang kuat.Askar tersebut telah diperbaharui senjata dan bertambah kuat apatah lagi dengan perisai yang tinggi.Jadi bila anda berminat nk serang jiran anda, anda tinggikanlah kedai senjata dan perisai anda.

0.10-Cara mengunakan tarbil untuk menyerang puak Gaul

Ramai dah tahu cara nak gunakan tarbil and kali ni cara yang lebih betul untuk penggunaan tarbil terhadap puak gaul, caranya ialah:

1.Pastikan anda mempunyai askar pertahanan iaitu lembing bagi teuton, falanks bagi gaul and
pengawal pertahanan bagi puak rom.

2.Tarbil sekurang-kurang mempunyai 8 atau lebih and askar pertahanan dalam 20.

3.Lancarkan seranggan iaitu serangan normal(pastikan serangan normal kerana tarbil tidak boleh diguna dalam serangan serbuan).

4.Biasa sasaran orang ramai akan memilih gudang, titik perhimpunan, rumah agam wira and
sebagainya.Kali ni sasaran adalah pemerangkap.

5.Selepas serangan tersebut berjaya, anda hantar askar yang boleh mengangkat sumber yg lebih
supaya anda dapat lebih habuan, serang tersebut ialah serbuan.

6.Bila serang yang kedua dh berjaya anda pasti akan dapat merasai kenikmatanya.

0.9-Cara Nak Lepaskan Askar Dari Perangkap Gaul

Bagi saya, puak Gaul adalah mimpi ngeri kepada para penyerang. Dengan kapasiti gua yang 2 kali lebih besar dan mampu menghasilkan perangkap, ini memang menyukarkan serangan.

Tip-tip untuk askar melepaskan diri dari perangkap:

1) Buat Serangan NORMAL, JANGAN guna serbuan.

Serangan serbuan memudahkan askar memasuki perangkap. Bagi membebaskan askar anda yang terperangkap, pastikan anda menggunakan serangan normal. Serangan serbuan TIDAK dapat membebaskan askar anda dari perangkap.


2) Hantar askar anda melebihi perangkap yang ada.

Jika terdapat 10 perangkap hantar askar anda seramai 11 orang.
Maksimum perangkap yang mampu dibuat hanyalah 200. Oleh itu, jika anda ingin menyerang puak Gaul yang besar, hantar sekurang-kurangnya 201 askar bagi memastikan askar anda terselamat dari perangkap.


3) Bagaimana untuk membebaskan askar anda yang terperangkap?

Buat satu lagi serangan yang melebihi perangkap yang ada, ingat guna serangan normal kerana serangan serbuan tidak dapat membebaskan askar anda.

Jika anda tidak lagi mempunyai tentera untuk serangan seterusnya, minta bantuan daripada ahli-ahli persekutuan anda untuk membuat serangan. Serangan daripada ahli-ahli persekutuan juga dapat membebaskan askar yang berada di dalam perangkap.

Ingat, untuk menyerang puak Gaul, gunakan serangan NORMAL.

Jumaat, 24 Julai 2009

0.8-Cara Nak Dapatkan Emas Dengan Cepat

Anda ingin tahu cara dapatkan emas di trvian secara percuma, senang.

  • Pergi ke travian plus.
  • Pergi ke "Dapatkan emas"
Ada dua cara nk promosikan akaun anda:

1 .Cara pertama ialah Pautan REF persendirian
  • Copy url tersebut:












  • Pastekan di profile travian anda ataupun di laman web anda.
  • Bila pemain lain melihat url tersebut dan mendafterkan mengunakan url tersebut, anda akan terima emas(mengikut server dan populasi).

2. Cara kedua ialah terus dengan e-mel.
  • Tekan pada "Jemput melalui e-mail"
  • Isikan e-mel pemain tersebut:

















  • Isikan teks jika anda ingin dan click hantar.



Selepas saya promosikan, dalam mase sebulan, saya mendapat 120 emas dengan percuma.
Saya ada buktinya:

Rabu, 22 April 2009

0.7-Cara Mendapatkan Sumber Lebih

Saya akan tunjukkan anda cara untuk mendapatkan sumber.Bukan dengan membuat multi akaun, tetapi dengan serangan.Anda cuma perlu lancarkan serangan kepada kampung yang kuramg aktif, untuk ketahui kampung tersebut aktif atau tidak, dengan info TSU(sila rujuk post 0.1).Anda cume lancarkan serangan dengan askar sebanyak 300-600(terpulang kepada anda).Pastikan pemain tersebut sudah lama tidak aktif, ini kerana untuk keselamatan askar anda.Lancarkan serangan sebanyak yang mungkin.














Dan dalam masa 3 hari, keputusannya:


Isnin, 20 April 2009

0.6-Pingat Dalam Travian


:Pingat ini anda akan terima jika anda dapat tempat pertama dalam pembela mingguan.Pingat pembela mingguan ada sepuluh pingat, antara pingat yang paling lawa adalah satu hingga tiga.Jadi jika anda inginkan pingat ini, pastikan anda mempunyai askar pertahanan yang banyak supaya askar musuh dapat ditumpaskan.Saya tidak dapat copy sembilan lagi pingat, bila saya mempunyai masa saya akan copykan-nya.



:Pingat ini anda akan terima jika anda dapat tempat pertama dalam penyerang mingguan.Pingat penyerang mingguan ada sepuluh pingat, antara pingat yang paling lawa adalah satu hingga tiga.Jadi jika anda inginkan pingat ini, pastikan anda mempunyai askar serangan yang banyak supaya askar pihak musuh dapat ditumpaskan.Saya tidak dapat copy sembilan lagi pingat, bila saya mempunyai masa saya akan copykan-nya.



:Pingat ini anda akan terima jika anda dapat tempat pertama dalam perompak mingguan.Pingat perompak mingguan ada sepuluh pingat, antara pingat yang paling lawa adalah satu hingga tiga.Jadi jika anda inginkan pingat ini, pastikan anda mempunyai askar yang banyak dan pastikan askar tersebut juga dapat mengambil sumber yang banyak supaya sumber yang dirompak mendapat lebih.Saya tidak dapat copy sembilan lagi pingat, bila saya mempunyai masa saya akan copykan-nya.



:Pingat ini anda akan terima jika anda dapat tempat pertama dalam pemanjat mingguan.Pingat pemanjat mingguan ada sepuluh pingat, antara pingat yang paling lawa adalah satu hingga tiga.Jadi jika anda inginkan pingat ini, pastikan anda rajin aktifkan akaun anda.Saya tidak dapat copy sembilan lagi pingat, bila saya mempunyai masa saya akan copykan-nya.




Isnin, 5 Januari 2009

0.5-Cara Nak Mengasaskan Kampung Baru Dan Mengembangkannya Dengan Cepat

Cara mengasaskan kampun baru memang amat senang iaitu memerlukan istana/residen tahap 10.Ini bukan bermakna anda boleh mengasakan kg baru dengan sesukahati.Ada banyak sebab yang anda tidak boleh mengasaskan kampung baru dengan sesukahati antaranya ialah:

  • Kemungkinan kampung yang di asaskan berdekatan kampung musuh.
  • Kemungkinan tempat yang ingin diasaskan adalah tempat yang telah dipilih oleh kampung yang kuat seperti 15 atau 9 tanaman.
  • Kemunkinan kampung yang nak di asaskan terlalu jauh dari ibu kota/kampung pertama.
Jika anda ingin senang dan populasi kg kedua dapat meningkatkan dengan cepat, ini ade tipsnya:
  • Asaskan berdekatan dengan kampumg pertama.
  • Pastikan kawasan yang diasaskan benar-benar selamat.
Dengan tips tersebut, kg kedua dapat maju dengan cepat.

0.4-Mengasaskan Persekutuan Dengan Betul

Saya akan tunjukkan cara nak asaskan persekutuan sendiri dan cara nak memajukanya dengan betul.

Cara untuk mengasaskan persekutuan.

  • Bina kedutaan samapai tahap 3.
  • Selepas siap membina kedutaan di tahap ketiga, tekan di banggunan kedutaan.
  • Anda akan nampak mengasaskan persekutuan sendiri dan tekan.
  • Jadi sekarang anda sudah mempunyai persekutuan sendiri dan anda boleh memberi nama kepada persekutuan anda.

Cara betul unuk memajukan persekutuan anda.
  • Setiap 1 tahap kedutaan dapat memampung 3 orang sahaja.
  • Jadi sebagai permulaan, anda menaikkan sehingga tahap sepuluh, sambil menaikkan tahap kedutaan, anda boleh menghantar jemputan kepada yang berminat nak menyertai persekutuan anda.
  • Kalau boleh, anda jemput ahli yang berdekatan anda.
  • Sebagai permulaan, anda jangan menjadikan persekutuan anda wing kepada sesiapa.
  • Tunggu sehingga kawan sejiran anda maju dan menyertai persekutuan yang kuat dan mempunyai wing yang kuat.
  • Waktu trsebutlah yang sesuai untuk anda menghantar mesej kebenaran untuk meluluskan persekutuan anda sebagai wing kepada sesuatu persekutuan.
  • Hal ini disebabkan jiran anda tidak dapat serang anda kerana berada dalam satu wing.
  • Banyakkan Kofenderasi dan PTA dengan persekutuan yang kuat supaya tidak diserang oleh ahli yang kuat dari persekutuan yang kuat.

Server 1 Malaysia.(KENANGAN) 8,2009

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW-SS meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda