Isnin, 5 Januari 2009

0.5-Cara Nak Mengasaskan Kampung Baru Dan Mengembangkannya Dengan Cepat

Cara mengasaskan kampun baru memang amat senang iaitu memerlukan istana/residen tahap 10.Ini bukan bermakna anda boleh mengasakan kg baru dengan sesukahati.Ada banyak sebab yang anda tidak boleh mengasaskan kampung baru dengan sesukahati antaranya ialah:

  • Kemungkinan kampung yang di asaskan berdekatan kampung musuh.
  • Kemungkinan tempat yang ingin diasaskan adalah tempat yang telah dipilih oleh kampung yang kuat seperti 15 atau 9 tanaman.
  • Kemunkinan kampung yang nak di asaskan terlalu jauh dari ibu kota/kampung pertama.
Jika anda ingin senang dan populasi kg kedua dapat meningkatkan dengan cepat, ini ade tipsnya:
  • Asaskan berdekatan dengan kampumg pertama.
  • Pastikan kawasan yang diasaskan benar-benar selamat.
Dengan tips tersebut, kg kedua dapat maju dengan cepat.

0.4-Mengasaskan Persekutuan Dengan Betul

Saya akan tunjukkan cara nak asaskan persekutuan sendiri dan cara nak memajukanya dengan betul.

Cara untuk mengasaskan persekutuan.

  • Bina kedutaan samapai tahap 3.
  • Selepas siap membina kedutaan di tahap ketiga, tekan di banggunan kedutaan.
  • Anda akan nampak mengasaskan persekutuan sendiri dan tekan.
  • Jadi sekarang anda sudah mempunyai persekutuan sendiri dan anda boleh memberi nama kepada persekutuan anda.

Cara betul unuk memajukan persekutuan anda.
  • Setiap 1 tahap kedutaan dapat memampung 3 orang sahaja.
  • Jadi sebagai permulaan, anda menaikkan sehingga tahap sepuluh, sambil menaikkan tahap kedutaan, anda boleh menghantar jemputan kepada yang berminat nak menyertai persekutuan anda.
  • Kalau boleh, anda jemput ahli yang berdekatan anda.
  • Sebagai permulaan, anda jangan menjadikan persekutuan anda wing kepada sesiapa.
  • Tunggu sehingga kawan sejiran anda maju dan menyertai persekutuan yang kuat dan mempunyai wing yang kuat.
  • Waktu trsebutlah yang sesuai untuk anda menghantar mesej kebenaran untuk meluluskan persekutuan anda sebagai wing kepada sesuatu persekutuan.
  • Hal ini disebabkan jiran anda tidak dapat serang anda kerana berada dalam satu wing.
  • Banyakkan Kofenderasi dan PTA dengan persekutuan yang kuat supaya tidak diserang oleh ahli yang kuat dari persekutuan yang kuat.

Server 1 Malaysia.(KENANGAN) 8,2009

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW-SS meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda