Selasa, 28 Julai 2009

0.13-Askar ke atau Tanaman LEBIH PENTING

Anda mesti ingat yang tanaman itu tidak penting.Cuba anda lihat, jika tanaman anda dah jadi negatif, anda perlu buat tawaran atau beli di pasar untuk mendapatkan tanaman supaya askar anda tidak mati kebuluran.Selain itu juga, tanaman diperlukan dalam membuat bangunan, askar dan sebagainya.Cuba anda lihat, jika anda mempunyai sumber yang banyak tak termasuk tanaman, anda tidak boleh buat ape-ape sebab kekurangan tanaman.Oleh sebab itu, utamakan juga tanaman.

Anda boleh lihat di skrin anda di sebelah kanan tanaman iaitu penggunaan tanaman,di situ anda boleh lihat, berape sebenar tanaman anda dan berape yang di gunakan. (tanaman yang digunakan/tanaman anda yang sebenar).

0.12-Cara nak mengkaburkan Pihak Musuh Untuk Membaca Serangan Kita

Apabila kita menyerang musuh, musuh dapat lihat bacaan serangan kita dengan mudah dan musuh sempat menyediakan askar untuk mempertahankan kampung.

cara kali ini dapat mengkaburkan bacaan serangan kita terhadap musuh..

Caranya ialah:

  1. Lancarkan fake att(hantar satu askar shj)
  2. Lancarkan real att(kuantiti hantaran askar yang anda minat)
  3. Buat lagi fake att.
  4. pastikan serangan tersebut berlainan masa...cth:selepas seminit lancarkan serangan seterusnya.
Cara tersebut membuatkan musuh tertanya mana satu real att dan membuat musuh takut pada serangan tersebut.

0.11-Kepentinggan Perisai dan Kedai Senjata

Perisai

Perisai penting dalam pertahanan.Tentu anda tidak percaya dengan 200 askar belantan vs 100 askar belantan.200 askar belantan kalah akibat serangan keatas kg yang mempunyai 100 askar belantan.Ini disebabkan kampung yang mempunyai perisai yang tinggi dan perisai askar belantan yang tinggi.Bukan perisai sahaja memainkan peranan dalam pertahanan, tetapi istana/residen dan tembok tanah juga memainkan peranan dalam pertahanan.Lebih kuat jika wira mempunyai tahap yang tinggi.Jika wira anda naik level, anda akan dapat 5 mata untuk ditambahkan, anda pilih "serangan, pertahanan, bonus serangan, bonus pertahanan dan pemulihan".Yang penting ialah serangan dan pertahanan.


Kedai Senjata


Kedai senjata penting dalam serangan.Biase kita lihat, walaupun perisai kita tinggi, namun askar kita tetap mati akibat serangan keatas kg yang kuat.Askar tersebut telah diperbaharui senjata dan bertambah kuat apatah lagi dengan perisai yang tinggi.Jadi bila anda berminat nk serang jiran anda, anda tinggikanlah kedai senjata dan perisai anda.

0.10-Cara mengunakan tarbil untuk menyerang puak Gaul

Ramai dah tahu cara nak gunakan tarbil and kali ni cara yang lebih betul untuk penggunaan tarbil terhadap puak gaul, caranya ialah:

1.Pastikan anda mempunyai askar pertahanan iaitu lembing bagi teuton, falanks bagi gaul and
pengawal pertahanan bagi puak rom.

2.Tarbil sekurang-kurang mempunyai 8 atau lebih and askar pertahanan dalam 20.

3.Lancarkan seranggan iaitu serangan normal(pastikan serangan normal kerana tarbil tidak boleh diguna dalam serangan serbuan).

4.Biasa sasaran orang ramai akan memilih gudang, titik perhimpunan, rumah agam wira and
sebagainya.Kali ni sasaran adalah pemerangkap.

5.Selepas serangan tersebut berjaya, anda hantar askar yang boleh mengangkat sumber yg lebih
supaya anda dapat lebih habuan, serang tersebut ialah serbuan.

6.Bila serang yang kedua dh berjaya anda pasti akan dapat merasai kenikmatanya.

0.9-Cara Nak Lepaskan Askar Dari Perangkap Gaul

Bagi saya, puak Gaul adalah mimpi ngeri kepada para penyerang. Dengan kapasiti gua yang 2 kali lebih besar dan mampu menghasilkan perangkap, ini memang menyukarkan serangan.

Tip-tip untuk askar melepaskan diri dari perangkap:

1) Buat Serangan NORMAL, JANGAN guna serbuan.

Serangan serbuan memudahkan askar memasuki perangkap. Bagi membebaskan askar anda yang terperangkap, pastikan anda menggunakan serangan normal. Serangan serbuan TIDAK dapat membebaskan askar anda dari perangkap.


2) Hantar askar anda melebihi perangkap yang ada.

Jika terdapat 10 perangkap hantar askar anda seramai 11 orang.
Maksimum perangkap yang mampu dibuat hanyalah 200. Oleh itu, jika anda ingin menyerang puak Gaul yang besar, hantar sekurang-kurangnya 201 askar bagi memastikan askar anda terselamat dari perangkap.


3) Bagaimana untuk membebaskan askar anda yang terperangkap?

Buat satu lagi serangan yang melebihi perangkap yang ada, ingat guna serangan normal kerana serangan serbuan tidak dapat membebaskan askar anda.

Jika anda tidak lagi mempunyai tentera untuk serangan seterusnya, minta bantuan daripada ahli-ahli persekutuan anda untuk membuat serangan. Serangan daripada ahli-ahli persekutuan juga dapat membebaskan askar yang berada di dalam perangkap.

Ingat, untuk menyerang puak Gaul, gunakan serangan NORMAL.

Jumaat, 24 Julai 2009

0.8-Cara Nak Dapatkan Emas Dengan Cepat

Anda ingin tahu cara dapatkan emas di trvian secara percuma, senang.

  • Pergi ke travian plus.
  • Pergi ke "Dapatkan emas"
Ada dua cara nk promosikan akaun anda:

1 .Cara pertama ialah Pautan REF persendirian
  • Copy url tersebut:












  • Pastekan di profile travian anda ataupun di laman web anda.
  • Bila pemain lain melihat url tersebut dan mendafterkan mengunakan url tersebut, anda akan terima emas(mengikut server dan populasi).

2. Cara kedua ialah terus dengan e-mel.
  • Tekan pada "Jemput melalui e-mail"
  • Isikan e-mel pemain tersebut:

















  • Isikan teks jika anda ingin dan click hantar.



Selepas saya promosikan, dalam mase sebulan, saya mendapat 120 emas dengan percuma.
Saya ada buktinya:

Server 1 Malaysia.(KENANGAN) 8,2009

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW-SS meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda