Isnin, 5 Januari 2009

0.5-Cara Nak Mengasaskan Kampung Baru Dan Mengembangkannya Dengan Cepat

Cara mengasaskan kampun baru memang amat senang iaitu memerlukan istana/residen tahap 10.Ini bukan bermakna anda boleh mengasakan kg baru dengan sesukahati.Ada banyak sebab yang anda tidak boleh mengasaskan kampung baru dengan sesukahati antaranya ialah:

  • Kemungkinan kampung yang di asaskan berdekatan kampung musuh.
  • Kemungkinan tempat yang ingin diasaskan adalah tempat yang telah dipilih oleh kampung yang kuat seperti 15 atau 9 tanaman.
  • Kemunkinan kampung yang nak di asaskan terlalu jauh dari ibu kota/kampung pertama.
Jika anda ingin senang dan populasi kg kedua dapat meningkatkan dengan cepat, ini ade tipsnya:
  • Asaskan berdekatan dengan kampumg pertama.
  • Pastikan kawasan yang diasaskan benar-benar selamat.
Dengan tips tersebut, kg kedua dapat maju dengan cepat.

2 comments:

Syahmie "blutal" Fayyadh berkata...

Din! Kalau nak wat kampung unuk control perdagangan dunia travian camne lak?

S'Adin (Sadin) berkata...

Kalo kamu ingin kg tersebut dijadikan kg pedagang, naikkan semua tahap sumber ke tahap 10(jika bukan ibu kota) dan hanya termampu(jika di ibu kota).Pastikan kamu mempunyai pasar tahap 20 dan kandang kuda tahap 10 untuk membina pejabat dangangan. Tidak lupe gudang dan jelapang, binakan ia sampai tahap 20 dan binakan lagi satu biji.

Server 1 Malaysia.(KENANGAN) 8,2009

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW-SS meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda