Jumaat, 24 Julai 2009

0.8-Cara Nak Dapatkan Emas Dengan Cepat

Anda ingin tahu cara dapatkan emas di trvian secara percuma, senang.

  • Pergi ke travian plus.
  • Pergi ke "Dapatkan emas"
Ada dua cara nk promosikan akaun anda:

1 .Cara pertama ialah Pautan REF persendirian
  • Copy url tersebut:












  • Pastekan di profile travian anda ataupun di laman web anda.
  • Bila pemain lain melihat url tersebut dan mendafterkan mengunakan url tersebut, anda akan terima emas(mengikut server dan populasi).

2. Cara kedua ialah terus dengan e-mel.
  • Tekan pada "Jemput melalui e-mail"
  • Isikan e-mel pemain tersebut:

















  • Isikan teks jika anda ingin dan click hantar.



Selepas saya promosikan, dalam mase sebulan, saya mendapat 120 emas dengan percuma.
Saya ada buktinya:

0 comments:

Server 1 Malaysia.(KENANGAN) 8,2009

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW-SS meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda